Terma & Syarat

1. Deposit dan Pembayaran Penuh

1.1 Deposit minimum sebanyak RM1,000 mesti dibayar untuk pengesahan­ penempahan.

1.2 Bakinya atau bayaran penuh mesti dibuat dalam masa 45 hari sebelum tarikh keberangkatan. Kegagalan untuk mematuhi kehendak ini boleh mengakibatkan pembatalan penempahan dan pelucuthakan deposit.

2. Pembatalan dan Caj Pembatalan

2.1 Pembatalan tempahan perlu mesti secara bertulis untuk mengelakkan salah faham. Jika syarikat menerima notis untuk membatalkan tempahan itu 45 hari atau lebih sebelum tarikh berlepas, ­fi pentadbiran minimum sebanyak RM100.00 atau 2% dari harga pakej (mana yang lebih tinggi) untuk seorang akan dikenakan.

2.2 Jika notis pembatalan diterima 44 hari atau kurang sebelum tarikh berlepas, caj yang berikut akan terpakai:

HARI PEMBATALAN DITERIMA (sebelum tarikh berlepas)CAJ PEMBATALAN (%)
22 – 44 hari bekerjaLucut deposit minima
15 – 21 hari bekerja35
8 – 14 hari bekerja50
3 – 7 hari bekerja75
2 hari bekerja100

2.3 Dasar pembatalan masing-masing syarikat penerbangan bagi promosi tambang istimewa hendaklah terpakai sebagai tambahan kepada caj pembatalan seperti yang dinyatakan dalam fasal 2.2 (Catatan: Tiket kapal terbang adalah terhad dan tertakluk kepada Terma dan Syarat syarikat penerbangan. la mungkin tidak boleh diendorskan, tidak boleh dikeluarkan semula, tidak boleh diberi bayaran balik dan tidak boleh dipindahkan laluan. Sebarang pemindaan kepada laluan atau pertukaran tarikh perjalanan adalah atas risiko beliau sendiri. Syarikat atau ejen bersekutunya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerumitan yang timbul dan perbelanjaan tambahan yang tertanggung). *perlucuthakan- kehilangan hak deposit

3. Pembatalan Oleh Syarikat

3.1. Syarikat berhak membatalkan pelancongan jika berlaku bencana alam, perang, mogok, rusuhan atau arahan Kerajaan Malaysia yang di luar kawalan syarikat.

3.2. Syarikat akan mencadangkan pakej umrah tersebut ditunda kepada suatu tarikh dan masa yang sesuai. Sekiranya penumpang memutuskan untuk tidak menerima cadangan itu, semua wang yang telah dibayar akan dipulangkan kepada penumpang selepas ditolak ­ semua kos yang telah dibayar oleh syarikat seperti tiket penerbangan dan tempahan hotel serta yuran pentadbiran sebanyak RM300.

3.3 Pemulangan harga tiket penerbangan adalah tertakluk kepada polisi syarikat penerbangan

3.4 Pemulangan tempahan hotel adalah tertakluk kepada polisi hotel berkenaan.

3.5 Jika keadaan memerlukan syarikat membatalkan pakej disebabkan oleh kekurangan penumpang atau ketidakmampuan untuk memperoleh kemudahan pengangkutan atau penginapan, syarikat akan memulangkan semua wang yang telah dibayar dan juga membayar pampasan seperti yang berikut :

TARIKH PEMBATALAN DITERIMACAJ PEMBATALAN
8 – 14 hari bekerjaBayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM50
1 – 7 hari bekerjaBayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM75
Pada hari pelepasanBayaran balik penuh harga pakej dan pampasan RM100

4. Dokumen Perjalanan

4.1. Tanggungjawab Anggota Pelancongan

Anggota pelancongan mestilah mempunyai :

(a) Pasport antarabangsa atau dokumen perjalanan diiktiraf yang lain yang sepatutnya sah bagi tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh kepulangan semula ke negara asal

(b) Visa yang perlu dan perakuan vaksinasi dan kesihatan yang dikehendaki oleh pelbagai pihak berkuasa negara yang hendak dilawati

4.2. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat mengaku janji untuk :

(a) Menasihati anggota pelancongan mengenai dokumen yang diperlukan

(b) Mana-mana mungkin, syarikat akan membantu penumpang untuk memperoleh visa yang sesuai. Walaubagaimanapun, syarikat tidak dapat menjamin kelulusan mana-mana permohonan visa.

4.3. Fi dan Caj Yang Relevan

Caj perkhidmatan dan ­ visa hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh anggota pelancongan.

4.4. Penolakan Visa atau Dokumen Perjalanan

Jika atas apa-apa sebab, permohonan visa atau permit keluar yang perlu ditolak, tambang pelancongan selepas ditolak ­ pentadbiran akan dibayar balik.

4.5. Penolakan Kemasukan

Syarikat tidak boleh dipertanggungjawabkan atau menanggung liabiliti bagi apa-apa perbelanjaan, bayaran ganti atau bayaran balik tambang pelancongan jika mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan masuk atau dideportasikan oleh pihak berkuasa imigresen kerana memiliki barang yang menyalahi undang-undang atau memegang dokumen perjalanan yang tidak wajar atau sebab-sebab lain atau yang kelakuan dan aktivitinya dianggap oleh kerajaan asing itu boleh mendatangkan keburukan.

5. Maklumat Pakej dan Harga

(a) Harga yang ditunjukkan ialah harga semasa pada masa penerbitan. Maklumat pakej dan senarai harga merupakan sebahagian daripada brosur. Harga tertakluk kepada pertukaran yang disebabkan oleh kenaikan tambang kapal terbang, kos pengangkutan lain, kadar hotel, kadar pertukaran mata wang asing, cukai kerajaan dan sebagainya. Oleh itu, syarikat berhak menaikkan harga dengan syarat ia mernberitahu pelanggan dengan sewajarnya sebelum pengesahan pelancongan dibuat.

(b) Syarikat berwaad bahawa perkara-perkara yang berikut dimasukkan ke dalam tambang pelancongan:

  1. Tiket kapal terbang pergi balik, tidak termasuk semua cukai lapangan terbang dan apa-apa cukai yang terpakai.
  2. Penginapan hotel, berdasarkan berkongsi bilik (dua orang sebilik, tiga orang sebilik, empat orang sebilik) berdasarkan pakej bilik yang ditawarkan ;
  3. Tambahan seorang (orang yang menginap bersendirian – orang itu hendaklah membayar tambahan seorang);

(c) Tambang pelancongan kanak-kanak sebagaimana yang diiklankan adalah berdasarkan kanak-kanak yang berumur 2 tahun tetapi tidak melebihi 12 tahun, yang berkongsi bilik dengan orang dewasa.

(d) Semua makanan, ziarah dan perkara lain sebagaimana yang dinyatakan dalam jadual perjalanan.

(e) Semua perjalanan darat adalah berdasarkan tempat duduk dalam kenderaan seperti yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

(3) Perkara-perkara yang tidak termasuk dalam tambang pelancongan ialah:

  1. Dobi;
  2. Penggunaan telefon hotel untuk kegunaan peribadi
  3. Makanan dan minuman didalam perjalanan dan yang tidak dinyatakan didalam pakej;
  4. Lawatan pilihan;
  5. Upah mengangkat barang di lapangan terbang dan hotel; dan
  6. Semua perkara persendirian.
  7. Semua perkara yang tidak dinyatakan didalam pakej umrah

6. Bayaran Balik Untuk Perkhidmatan Yang Tidak Digunakan

Tiada bayaran balik atau pengurangan harga akan dibuat kepada mana-mana jemaah berkenaan dengan tambang kapal terbang, penginapan, makanan, lawatan ziarah, pengangkutan atau mana-mana perkhidmatan lain yang termasuk dalam harga pakej tetapi tidak digunakan oleh jemaah atas sebab peribadi.

7. Bagasi

Syarikat penerbangan ada memperuntukkan elaun bagasi percuma dan kuantum dan syaratnya mungkin berbeza antara satu syarikat kapal terbang dengan yang lain atau antara satu pihak berkuasa lapangan terbang dengan yang lain. Peraturan ini turut terpakai bagi bagasi yang dibawa sendiri di atas kapal terbang. Ejen pelancongan akan menasihati penumpang tentang syarat-syarat itu. Penumpang dikehendaki membeli pelindungan insurans yang mencukupi.

8. Kemungkinan Pertukaran

Jadual syarikat penerbangan atau keadaan tempatan mungkin memerlukan jadual lawatan, hotel dan Ialuan diubah. Jika ini berlaku, syarikat akan membuat perkiraan alternatif bergantung kepada keadaan tempatan.

9.Hak Untuk Menolak Penempahan

Syarikat berhak untuk membatalkan atau menarik balik apa-apa jadual perjalanan, atau tempahan yang telah dibuat untuk pelanggan atau untuk enggan menerima atau mengekalkan seseorang menjadi Jemaah umrah sekiranya dia didapati membahayakan kesihatan atau keselamatan, atau mengurangkan keselesaan atau keseronokan anggota yang lain dalam pakej umrah itu. Syarikat juga berhak membatalkan tempahan jika atas apa-apa sebab, mana-mana pembawa, hotel atau kontraktor lain enggan untuk membenarkan mana-mana peserta menyertai pakej itu. Dalam mana-mana keadaan sedemikian tanggungjawab adalah semata-mata untuk memulangkan semula kepada jemaah itu wang yang telah dibayar setelah ditolak amaun perkhidmatan yang telah digunakan dan ­ perkhidmatan dan ­ pembatalan.

10. Tanggungjawab Syarikat

Syarikat dan ejen bersekutunya akan bertanggungjawab bagi perkhidmatan yang disediakan seperti pengangkutan, penginapan, dan makanan, sebagaimana yang telah dinyatakan didalam brosur.

11. Insurans Perjalanan

Semua anggota pelancongan digalakkan membeli insurans perjalanan untuk melindungi diri mereka daripada sakit, kehilangan wang, pembatalan, kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi.

12. Positif Covid 19 Sebelum Penerbangan

Sekiranya anggota pelancongan  didapati positif covid-19 sebelum penerbangan , dan anggota tersebut dilarang untuk melanjutkan perjalanan, maka tempahan anggota pelancongan tersebut terbatal  dengan sendirinya dan terma syarat nombor 2 “Pembatalan dan Caj Pembatalan” di atas  adalah terpakai yang mana 100% Caj dikenakan tiada wang yang akan dikembalikan

 

13. Positif Covid 19 Sebelum Penerbangan ( Khusus Untuk Jemaah Umrah)

Sekiranya jemaah umrah disahkan positif covid-19,  penerbangan umrah untuk jemaah tersebut akan ditangguhkan dan bayaran tambahan akan dikenakan untuk penerbangan penjadualan semula.

Bayaran yang masih boleh digunakan semula untuk jadual baru bagi jemaah terbabit ialah :

1) Tiket penerbangan , dengan bayaran penalti perubahan jadual

2) Bayaran Visa Ziarah, sekiranya tarikh penjadualan semula masih dalam tempoh sah laku visa tersebut

3) Bayaran makan & minum

Selain dari 3 perkara di atas , semua bayaran adalah hangus, jemaah umrah tersebut hendak lah membayar semula sekiranya hendak turut serta dalam penjadualan semula. (Bayaran2 yang dikira hangus ialah Penginapan, pengangkutan , insurans, dan lain-lain kos yang melibatkan perbelanjaan kos keseluruhan)

Sekiranya jemaah tersebut tidak ingin penjadualan semula dan berniat menarik diri, maka 100% caj akan dikenakan sebagai caj pembatalan. Tiada wang akan dikembalikan